Sunday, March 17, 2013

PERANCANGAN STRATEGIK PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK AGAMA IGAN 2012 – 2016



PERANCANGAN STRATEGIK
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK AGAMA IGAN
2012 – 2016


ISI KANDUNGAN
PERKARA
MUKA SURAT
LATAR BELAKANG   PIBG  SMKAI
3- 10
PERANCANGAN STRATEGIK  PIBG

·       PELAN STRATEGIK    PIBG
11
·       PELAN TAKTIKAL
12-13
·       PELAN OPERASI
14 - 20
LANGKAH KE HADAPAN
21 - 22

                                                                                             

                                              

                                                               




LATAR BELAKANG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK AGAMA IGAN

1.O         MUKADIMAH
Perancangan Strategik PIBG SMK Agama Igan (PSPIBGSMKAI) merupakan suatu usaha strategik untuk menetapkan hala tuju PIBG  daripada tahun 2012-2016. Perancangan strategik ini akan dijadikan panduan pelaksanaan program dan aktiviti kepada semua  ahli PIBG   dalam tempoh lima tahun.
PSPIBGSMKAI terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Perancangan Strategik dan Pelan Tindakan. Perancangan Strategik akan memberi fokus kepada perancangan yang menfokuskan kepada perancangan satu tahun.

2.0          MATLAMAT  PELAN STRATEGIK  PIBG SMK AGAMA IGAN
Pengurusan PSPIBGSMKAI 2012-2016 bermatlamat memperkasakan  PIBG SMKAI  untuk membantu  pihak sekolah melahirkan murid berkualiti yang mempunyai ketahanan diri, sahsiah dan daya saing yang tinggi dengan memberi penekanan yang berikut.
1.       Mewujudkan persekitaran fizikal yang bersih dan ceria untuk warga sekolah.
2.       Memupuk  kelangsungan komitmen  dalam kalangan ahli-ahli PIBG  agar lebih  bermotivasi tinggi dalam  menyemarakkan  semangat  memburu kebitaraan dalam kalangan pelajar.
3.       Memupuk semangat berpasukan yang jitu dalam kalangan ahli-ahli PIBG.
4.       Memupuk sahsiah yang tinggi dan perlakuan yang baik dalam kalangan pelajar.
5.       Membantu  pihak sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
6.       Meningkatkan lagi usaha merealisasikan  prestasi cemerlang dalam mata pelajaran akademik di peringkat PMR dan SPM.
7.       Membantu pihak sekolah menyediakan cendiakawan berlatar belakangkan pendidikan agama.
8.       Menyemarakkan lagi usaha sekolah dalam mencapai kecemerlangan dalam kegiatan kokurikulum di peringkat Bahagian, Negeri dan Kebangsaan.

3.0          PELAN TINDAKAN PSPIBGSMKAI
Pelan Tindakan ini terbahagi kepada dua (2) iaitu Perancangan Taktikal dan Perancangan Operasional. Kedua-dua perancangan ini adalah perincian kepada Perancangan Strategik. Pelan Taktikal merangkumi  Nama Program, Objektif, Tempoh Kos dan Indikator Kejayaan. Manakala Perancangan Operasional pula menggariskan aktiviti secara terperinci seperti Program, Objektif, Tempoh, Pelaksanaan, Proses Kerja, Kekangan, Pemantauan, Penilaian dan Penambahbaikkan.

4.0          CABARAN DAN ISU UTAMA
PSPIBGSMKAI dirancang bagi memastikan Persatuan Ibu Bapa dan Guru  Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Igan menjadi sebuah organisasi NGO  yang  lebih proaktif  dalam membantu pihak sekolah mencapai matlamat mewujudkan pendidikan yang cemerlang dan setanding dengan sekolah-sekolah lain yang telah mencapai kecemerlangan. Untuk memastikan hasrat dan cita-cita itu tercapai, pengurusan  PIBG  SMK Agama Igan sedar bahawa kesungguhan dan komitmen  yang  tinggi amat dituntut. Pada masa yang sama, kita juga sedar bahawa sokongan dan kerjasama  jitu  semua  ahli-ahli PIBG   penting ke arah pencapaian hasrat dan cita-cita tersebut.
PSPIBGSMKAI merupakan satu usaha yang menyeluruh dalam memastikan  penglibatan menyeluruh PIBG  membantu pihak sekolah untuk meningkatkan lagi  pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah ini . Usaha untuk mengenal pasti isu-isu semasa dan mencari jalan penyelesaian akan sentiasa diberi perhatian. Dalam menangani perkara itu, kekuatan minda dan tenaga secara sepasukan perlu dipupuk segar dalam kalangan ahli-ahli PIBG.



















LOGO  PERSATUAN

WARNA HIJAU TUA – ISLAM DAN KESUBURAN ILMU

WARNA KUNING – NEGARA BERDAULAT

WARNA PUTIH – BERSIH, SUCI & AKHLAK MULIA

WARNA HIJAU MUDA - KETENANGAN


KUBAH 3 MASJID – BERTERASKAN PRINSIP-PRINSIP ISLAM

AL-QURAN – PANDUAN HIDUP DALAM MENJALANI KEHIDUPAN DUNIA & AKHIRAT

BENTUK BUJUR – AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA SEJAGAT

2 BINTANG – RUKUN ISLAM & RUKUN NEGARA













MOTTO PIBG SMKAI
BERILMU BERIMAN BERBAKTI


VISI PIBG SMKAI

PIBG  CEMERLANG  WADAH  KEGEMILANGAN  SMKAI

MISI PIBG SMKAI

PEMERKASAAN  KELESTARIAN   SEKOLAH   MELAHIRKAN MODAL INSAN ISLAMIK  KELAS PERTAMA

TEMA KERJA PIBG SMKAI

SEIRING  BERSAMA MEMBURU KEBITARAAN
PIAGAM PELANGGAN PIBG SMKAI

KAMI  WARGA PIBG SMK AGAMA IGAN
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMUPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK

1.      BERPERANAN SEBAGAI RAKAN KONGSI SEKOLAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH, BIROKRASI  DAN ISU  PIBG

2.      BERTINDAK  SEBAGAI WADAH, FORUM DAN KHIDMAT BAKTI UNTUK  KEMAJUAN SERTA PEMBANGUNAN PELAJAR DAN SEKOLAH

3.      MEMBERI  PENEKANAN KEPADA KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN TERMASUKLAH PEMANTAUAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN, KEWANGAN SERTA INFRASTRUKTUR SEKOLAH

4.      BERTINDAK MELENGKAPKAN PRASARANA KEPERLUAN FIZIKAL SEKOLAH DAN MURID SERTA PELBAGAI INISIATIF TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) YANG LAIN.

5.      SENTIASA MEMBIMBING DAN MENDIDIK ANAK-ANAK  SELARAS DENGAN TUNTUTAN FALSAFAH PENDIDIDKAN KEBANGSAAN, VISI DAN MISI SEKOLAH.

6.      SENTIASA BERSIAPSIAGA DALAM  MEMBANTU SEKOLAH MELAKSANAKAN SETIAP PROGRAM YANG DIRANCANG.

7.      MEMASTIKAN SEGALA TINDAKAN MENEPATI DAN MEMATUHI PROSEDUR BERDASARKAN PEKELILING DAN PERINTAH AM.

AKTA PENDIDIKAN 1996
PERATURAN – PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBUBAPA & GURU) 1998
[Sub peraturan 7(2)] PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA & GURU (PIBG) SEKOLAH
Peraturan 3: Tujuan-tujuan Persatuan ialah:
(a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid–murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;
(b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid–murid dalam kegiatan mereka;
(c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar- tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;
(d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak–anak mereka pada amnya; dan
(e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
Peraturan 4: Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan – tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti;
(a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
(b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;
(c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;
(d) meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.













PERANCANGAN STRATEGIK  PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK AGAMA IGAN
TAHUN 2012-2016












Strength (Kekuatan )
S1 – Barisan Exco PIBG kebanyakannya  anak tempatan
S2 - Ramai   Exco PIBG  yang mempunyai latarbelakang hampir sama dengan latarbelakang masyarakat sekitar
S3 – Pengurusan PIBG  sentiasa mahu berkerjasama rapat dengan sekolah

Weakness (Kelemahan )
W1 – Agak sukar mengadakan perjumpaan kerap kerana ibubapa terikat dengan tugas mencari nafkah
W2 – Ramai juga ibubapa yang kurang berpelajaran dan kurang berada
W3 – Ada ibubapa yang masih kurang memahami keperluan pendidikan di sekolah untuk kepentingan anak-anak
W4 – budaya tidak menghormati orang tua sudah mula mempengaruhi anak-anak
W5 – Ada unsur-unsur yang diperlihatkan ibubapa sukar mengawal anak-anak sewaktu di rumah

Opportunity (Peluang)
O1 – Wakil rakyat memberi perhatian berat kepada sekolah dan sentiasa bersedia membantu sekolah
O2 – Ada warga tempatan yang berjaya dalam pelajaran bersedia menghulurkan bantuan
O3 – Ahli-ahli PIBG aktif dan sentiasa  sedia memberi  bantuan
O4 – Pejabat  Kerajaan seperti Pejabat Daerah juga memberi kerjasama

Threat (Ancaman)
T1 – Budaya negatif diterima oleh belia tempatan
T2 – Penduduk/Peniaga yang kurang prihatin tidak bekerjasama
T3 – Gaya hidup seperti merempit, bergaduh, minum minuman keras menjadi amalan
T4 – Ibubapa gagal mengawal disiplin anak-anak


Strategi (Tows Matriks)
SO
S1,S2,S4,O1,O2,T1,T3
Adakan banyak ceramah motivasi yang melibatkan anak tempatan dan pemceramah luar untuk membantu pelajar bergerak ke arah matalamat yang betul

S1,S4,S5,O1,O3
Adakan banyak perjumpaan progran motivasi untuk memberi lebih banyak kesedaran kepada ibubapa

WO
S1,S3,W1,W4,W5
Adakan banyak perjumpaan dengan ibubapa untuk mengeratkan kerjasama dan mengukuhkan kefahaman tentang  matlamat sekolah

S1,O1,O3,O4,T1,T4
Banyakkan memberi maklumat berterusan terutama mengenai tindakan pihak sekolah dalam menangani  masalah anak didik  melalui program sosial bersama ibubapa dengan bantuan PIBG

O1,O3,T1,T2,T3,T4
Adakan banyak pertemuan dengan ibubapa melalui bantuan wakil dan PIBG untuk memberi maklumat tentang kegiatan anak-anak  dan bekerjasama mengurangakan masalah sosial anak-anak


















PELAN STRATEGIK
Isu
Masalah
Matlamat
Strategi
Indikator Pencapaian


Kerjasama dan
Hubungan dengan komuniti
Perlu dipertingkatkan









Kekangan masa
Untuk mengadakan perjumpaan yang kerap


Supaya komuniti tempat sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah


1.Mengadakan aktiviti merapatkan hubungan dengan masyarakat.
-Hari Pemuafakatan
-Sukan ibubapa
-Hari Terbuka


Ibubapa bekerjama dengan sekolah.


Bantuan dan sokongan dengan agensi kerajaan dan swasta amat diperlukan








Kekurangan bantuan dari agensi luar


Supaya agensi kerajaan dan swasta sentiasa bekerjasama dan memberi sumbangan kepada sekolah.


1.memberi ruang dan peluang kepada agensi kerajaan dan swasta memberi sumbangan untuk meningkatkan prestasi sekolah.


Agensi luar sentiasa membantu sekolah.





















PELAN TAKTIKAL
Bil
Program
Objektif
Tanggung
jawab
Tempoh
Kos sumber
TOV
ETR
Indikator Pencapaian

1


Hari Pemuafakatan

Mengeratkan hubungan dengan masyarakat.

Pengetua
PK1
Semua guru
PIBG


1 hari




Kehadiran ibubapa 90%

2


Gotong royong perdana
Menggalakkan ibubapa memberi sumbangan tenaga kepada sekolah.

Pengetua
PK HEM
Semua guru
PIBG

1 hari




Kebersihan dan kecerian sekolah meningkat.

3


Forum
Perdana

Memberi peluang kepada komuniti mengadakan aktiviti bersama sekolah

Pengetua
PK HEM
Semua Guru
PIBG

4 jam




Penyertaan ibubapa meningkat

4


Mesyuarat
Agung PIBG

Membincang atau memutuskan aktiviti PIBG

Pengetua
Semua PK
YDP PIBG


3 Jam




Kehadiran ibubapa melebihi 90%

5


Lawatan Penanda Aras PIBG

Memberi ilham meningkatkan kecemerlangan

Pengetua
Semua PK
AJK PIBG


6 Jam
Sabtu




100%
Exco PIBG
Hadir.

6


Ramah Tamah
Idilfitri

Mengeratkan silaturahim guru/ibubapa

Pengetua
Semua PK
PIBG

1 hari




95% ibubapa hadir
7
Program Perkongsian Pendidikan
Memberi pendedahan langsung kepada ibu bapa
Pengetua
Unit B&K
Semua guru
PIBG

1 hari



Lebih 90% ibu bapa hadir
8
Pameran Pendidikan
Memotivasikan pelajar kearah pendidikan tinggi
Pengetua
Unit B&K
Semua guru
PIBG

1 hari



Lebih 90% ibu bapa hadir

8

Ceramah Agama
Meningkatkan sahsiah pelajar
Pengetua
Semua guru
PIBG

1 jam selepas maghrib



Kehadiran ibu bapa menggalakkan

9

Program Derma Darah dan Kesihatan Pergigian
Melibatkan komuniti dalam aktiviti sekolah
Pengetua
PK HEM
Semua guru
PIBG

1  hari



Kehadiran ibu bapa menggalakkan
10
Program Jumbo Sale
Membantu menambah dana PIBG
Pengetua
PK KK
Semua guru
PIBG

1 hari



Sumbangan ibu bapa sangat menggalakkan
11
Program Jogaton PIBG
Membantu menambah dana PIBG
Pengetua
PK KK
Semua guru
PIBG

1 hari



Penglibatan ibu bapa sangat menggalakkan
12
Program Cakna Bitara  3M
Meningkatkan fizikal sekolah
Pengetua
PK KK
Semua guru
PIBG

1 hari



Kerjasama ibu bapa sangat menggalakkan
13
Anugerah Lonjakan Saujana
Memotivasikan guru mencemerlangkan pelajar
Pengetua
PK KK
Semua guru
PIBG

Semasa Hari Guru



15 guru mendapat anugerah
14
Majlis izin ilmu
Meningkatkan motivasi pelajar
Pengetua
PK KK
Semua guru
PIBG

1 hari



Kerjasama ibu bapa sangat menggalakkan









PELAN OPERASI
Nama Projek
Hari Pemuafakatan Ibubapa Guru
Objektif
Mengeratkan hubungan dan kerjasama ibubapa dan guru
Tempoh
1 hari
Kumpulan Sasaran
Ibubapa pelajar kelas peperiksaan
Guru Terlibat
Semua Guru Tingkatan
Proses Kerja
1. Penubuhan AJK
2. Taklimat Guru/Pelajar
3. Taklimat AJK Pelaksana
4. Pelaksanaan
5. Laporan

Kekangan
Ibubapa bekerja sukar untuk hadir.
Pemantauan
Pengetua,Semua PK dan Ketua Bidang
Penilaian
Pengetua
Penambahbaikan
Post mortem

Nama Projek
Gotong royong perdana
Objektif
Menggalakkan ibubapa memberi sumbangan tenaga kepada sekolah.
Tempoh
1 hari
Kumpulan Sasaran
Ibu bapa
Guru Terlibat
Semua guru dan AJK PIBG
Proses Kerja
1. Pendaftaran ibu bapa
2. Taklimat  NYDP
4. Pelaksanaan
5. Laporan

Kekangan
Ibubapa bekerja sukar untuk hadir.
Pemantauan
Pengetua,Semua PK dan Ketua Bidang, AJK PIBG
Penilaian
Pengetua
Penambahbaikan
Post mortem

Nama Projek
Forum Perdana
Objektif
Memberi peluang kepada komuniti mengadakan aktiviti bersama sekolah
Tempoh
1 hari
Kumpulan Sasaran
Semua Ibubapa
Guru Terlibat
Semua Guru Tingkatan
Proses Kerja
1. Penubuhan AJK
2. Persiapan
3. Pelaksanaan
4. Laporan


Kekangan
Ibubapa bekerja sukar untuk hadir.
Pemantauan
Pengetua,Semua PK dan Ketua Bidang, AJK PIBG
Penilaian
Pengetua
Penambahbaikan
Post mortem

Nama Projek
Mesyuarat Agung PIBG
Objektif
Membincang atau memutuskan aktiviti PIBG
Tempoh
1 hari
Kumpulan Sasaran
Ibubapa pelajar
Guru Terlibat
Semua Guru
Proses Kerja
1. Penubuhan AJK
2. persiapan
3. Pelaksanaan
4. Laporan


Kekangan
Ibubapa bekerja sukar untuk hadir.
Pemantauan
Pengetua,Semua PK dan Ketua Bidang,AJK PIBG
Penilaian
Pengetua
Penambahbaikan
Post mortem

Nama Projek
Lawatan Penanda Aras PIBG
Objektif
Memberi ilham meningkatkan kecemerlangan
Tempoh
1 hari
Kumpulan Sasaran
Ibu bapa AJK PIBG
Pegawai  Terlibat
Exco PIBG
Proses Kerja
1. Penubuhan AJK
2persiapan program
3. Pelaksanaan
4. Laporan


Kekangan
tiada
Pemantauan
Pengetua, YDP
Penilaian
Pengetua
Penambahbaikan
Post mortem

Nama Projek
Ramah Tamah Aidilfitri
Objektif
Mengeratkan silaturahim guru/ibubapa
Tempoh
1 hari
Kumpulan Sasaran
Ibubapa pelajar kelas peperiksaan
Guru Terlibat
Semua Guru
Proses Kerja
1. Penubuhan AJK
2. Taklimat Guru/Pelajar
3. Taklimat AJK Pelaksana
4. Pelaksanaan
5. Laporan


Kekangan
Ibubapa bekerja sukar untuk hadir.
Pemantauan
Pengetua,Semua PK dan Ketua Bidang
Penilaian
Pengetua
Penambahbaikan
Post Mortem


Nama Projek
Program Perkongsian Pendidikan
Objektif
Memberi pendedahan langsung kepada ibu bapa
Tempoh
1 hari
Kumpulan Sasaran
Ibubapa  & pelajar
Guru Terlibat
Semua Guru
Proses Kerja
1. Penubuhan AJK
2. persiapan program
3. Pelaksanaan
4. Laporan


Kekangan
Ibubapa bekerja sukar untuk hadir.
Pemantauan
Pengetua,Semua PK dan Ketua Bidang
Penilaian
Pengetua
Penambahbaikan
Post mortem

Nama Projek
Pameran Pendidikan
Objektif
Memotivasikan pelajar kearah pendidikan tinggi
Tempoh
1 hari
Kumpulan Sasaran
Ibubapa & pelajar
Guru Terlibat
Semua Guru
Proses Kerja
1. Penubuhan AJK
2. Taklimat AJK Pelaksana
3. Pelaksanaan
4. Laporan


Kekangan
Ibubapa bekerja sukar untuk hadir.
Pemantauan
Pengetua,Semua PK, Unit B&K
Penilaian
Pengetua
Penambahbaikan
Post mortem

Nama Projek
Ceramah Agama
Objektif
Meningkatkan sahsiah pelajar
Tempoh
1 hari
Kumpulan Sasaran
Ibubapa pelajar
Guru Terlibat
Semua Guru
Proses Kerja
1. Penubuhan AJK
2. Taklimat AJK Pelaksana
3. Pelaksanaan
4. Laporan


Kekangan
Ibubapa bekerja sukar untuk hadir.
Pemantauan
Pengetua,Semua PK dan Ketua Bidang
Penilaian
Pengetua, PIBG
Penambahbaikan
Post mortem


Nama Projek
Program Derma Darah dan Kesihatan Pergigian
Objektif
Melibatkan komuniti luar dalam aktiviti sekolah
Tempoh
1 hari
Kumpulan Sasaran
Ibubapa & pelajar
Guru Terlibat
Semua Guru dan AJK
Proses Kerja
1. Penubuhan AJK
2. Taklimat AJK Pelaksana
3. Pelaksanaan
4. Laporan

Kekangan
Ibubapa bekerja sukar untuk hadir.
Pemantauan
Pengetua,Semua PK dan PIBG
Penilaian
Pengetua
Penambahbaikan
Post mortem

Nama Projek
Program Jumbo Sale
Objektif
Meningkatkan dana PIBG
Tempoh
1 hari
Kumpulan Sasaran
Ibubapa pelajar
Guru Terlibat
Semua Guru
Proses Kerja
1. Penubuhan AJK
2. Taklimat AJK Pelaksana
3. Pelaksanaan
4. Laporan


Kekangan
Ibubapa bekerja sukar untuk hadir.
Pemantauan
Pengetua,Semua PK dan AJK PIBG
Penilaian
Pengetua
Penambahbaikan
Post mortem

Nama Projek
Program Jogaton
Objektif
Meningkatkan dana PIBG
Tempoh
1 hari
Kumpulan Sasaran
Ibubapa pelajar kelas peperiksaan
Guru Terlibat
Semua Guru
Proses Kerja
1. Penubuhan AJK
2. Taklimat Guru/Pelajar
3. Taklimat AJK Pelaksana
4. Pelaksanaan
5. Laporan


Kekangan
Ibubapa bekerja sukar untuk hadir.
Pemantauan
Pengetua,Semua PK dan Ketua Bidang
Penilaian
Pengetua
Penambahbaikan
Post mortem


Nama Projek
Program Cakna Bitara  3M
Objektif
Meningkatkan keceriaan fizikal sekolah
Tempoh
1 hari
Kumpulan Sasaran
Ibubapa pelajar kelas peperiksaan
Pegawai  Terlibat
Semua Guru dan AJK PIBG
Proses Kerja
1. Penubuhan AJK
2. Taklimat AJK Pelaksana
3. Pelaksanaan
4. Laporan


Kekangan
Ibubapa bekerja sukar untuk hadir.
Pemantauan
Pengetua,Semua PK dan PIBG
Penilaian
Pengetua
Penambahbaikan
Post mortem

Nama Projek
Program Anugerah Lonjakan Saujana
Objektif
Memotivasikan guru mencemerlangkan pelajar
Tempoh
1 hari
Kumpulan Sasaran
Guru dan pelajar
Guru Terlibat
Semua Guru Tingkatan
Proses Kerja
1. Penilaian keputusan peperiksaan awam
2. Pelaksanaan
3. Laporan


Kekangan
Ibubapa bekerja sukar untuk hadir.
Pemantauan
Pengetua,Semua PK
Penilaian
Pengetua
Penambahbaikan
Post mortem

Nama Projek
Majlis izin ilmu
Objektif
Meningkatkan motivasi pelajar
Tempoh
1 hari
Kumpulan Sasaran
Guru, ibu bapa  dan pelajar
Guru Terlibat
Semua Guru
Proses Kerja
1. Penubuhan AJK
2. Taklimat AJK Pelaksana
3. Pelaksanaan
4. Laporan


Kekangan
Ibubapa bekerja dan jauh sukar untuk hadir.
Pemantauan
Pengetua,Semua PK
Penilaian
Pengetua
Penambahbaikan
Post mortem




LANGKAH  KE HADAPAN (  THE WAY FORWARD )
PIBG SMK AGAMA IGAN
TAHUN 2012 – 2016

1.       Penetapan dan Pelaksanaan Hala Tuju.

Kepimpinan PIBG  memastikan Visi dan Misi sekolah menjadikan hala tuju seluruh warga PIBG  ke arah  pencapaian matlamat dan objektif
yang telah ditetapkan. Pengurusan PIBG memastikan Visi dan Misi PIBG selaras dengan potensi murid, keperluan sekolah, dasar pendidikan dan apirasi masyarakat setempat yang ingin menjadikan SMK Agama Igan sebagai  sebuah institusi pendidikan agama melahirkan ramai cendikiawan agama pada tahun 2016. Visi dan Misi menjadi panduan untuk merancang dan mengerakkan program pemaju sekolah. Visi dan Misi juga menjadi hala tuju dalam menggerakkan warga PIBG untuk berusaha mencapaiakan matlamat sekolah. Bagi mencapai Visi dan Misi pihak PIBG  mengadakan Permuafakatan Strategik dangan pelbagai pihak contoh Ibubapa pelajar melalui program pemuafakatan ibubapa, pemuafakatan dengan komuniti luar.

2.       Kepimpinan dan Hala Tuju

Mengamalkan gaya kepimpinan yang berkesan untuk menggembleng tenaga warga PIBG  ke arah mencapai matlamat sekolah. Memastikan Visi dan Misi dihayati oleh semua ahli PIBG. Bagi mencapaikan hasrat tersebut kepimpinan PIBG  hendaklah :

a.       Meningkatkan ilmu pengetahuan kepimpinan melalui kursus-kursus atau pembacaan.
b.       Mengamalkan komunikasi yang berkesan untuk perkongsian idea dan matlamat
c.       Meningkatkan semangat kerja berpasukan Memotivasikan warga Sekolah untuk meningkatkan kualiti kerja.
d.       Menerajui pelaksanaan Kurikulum dan mewujukan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta menggalakan pemupukan budaya belajar.
e.       Mewujudkan perkongsian tanggungjawab bagi memupukan kesedaran tanggungjawab bersama dalam mengurus sekolah.

    3 .Pengurusan Organisasi
        Organisasi PIBG diurus dengan mengambil kira potensi dan keperluan staf,kemudahan sumber dalaman dan memanfaatkan sumber luaran
        Supaya Sekolah dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan. Bagi mencapai matlamat ini :
a.       Sumber manusia diurus untuk meingkatkan kualiti pelajar sekolah.
b.       Kemudahan prasarana diurus untuk memastikan keselesaan dan keselamatan warga sekolah.
c.       Persekitaran dan suasana yang kondusif diwujudkan bagi memastikan kesejahteraan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab.
d.       Permuafakatan diwujudkan untuk memperoleh sumbangan dan sokongan pelbagai pihak bagi memanfaatkan sekolah.

4.  Pemuafakatan Strategik
     
a.       Ibubapa Pelajar memastikan prestasi akademik dan displin pelajar sentiasa terkawal.
b.       Masyarakat setempat atau luar menjalinkan kerjasama menambahbaik pengurusan sekolah.
c.       Agensi luar Perpustakaan Negeri untuk meningkat mutu perkhidmatan Pusat Sumber sekolah sebagai nadi ilmu.
d.       Majlis Islam Sarawak meningkat kemudahan dan prsarana Sekolah.
e.       Biro Pendidikan Majlis Islam program peningkatan ilmu dan pengetahuan guru serta pelajar.
f.        Jabatan Alam Sekitar meningkat keceriaan sekolah.
g.       Pengairan dan Saliran memastikan system perparitan berfungsi dengan baik.
h.       Jabatan Kesihatan memastikan kes-kes berkaitan kesihatan diselesaikan. Contoh Skin Bee.
i.         Polis menangani masalah kes berat displin.







No comments:

Post a Comment